SELAMAT DATANG KE bLOG aNyLzA...JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK ANDA. ~TERIMA KASIH~

Tinggalkan JeJak AnDa

Sunday, February 27, 2011

Kawan..

Aku bukan jenis kawan yang suka makan kawan...bukan kawan yang suka tikam dari belakang...dan aku tak suka kutuk kawan aku sendiri, biarpon kawan aku tu teruk. Aku suka kawan aku tegur kesalahan aku depan aku je...bukan dengan kekawan yang lain..kenapa nak burukkan orang lain sedangkan kita ni tak tahu baik ke tak...Cermin diri tu dulu sebelum menilai orang lain..Memang aku bukan baik sangat tapi aku cuba jadi yang terbaik...Jika aku ada buat salah apa salahnya cakap depan-depan. Bukan susah nak faham aku..cuma korang yang tak pernah nak faham aku. Aku selalu dengar masalah kekawan...sampai aku tak ada masa nak ceritakan masalah aku...Yang aku mampu buat DIAM...tapi bila aku diam korang pulak yang pikir lain. kenapa tak tanya depan2? Kenapa perlu korang bergosip di belakang? Sedih aku bila kawan-kawan aku tak ambil tahu pasal aku...tak prihatin dengan perasaan aku...Aku pon ada HATI n PERASAAN...
Apa yang aku rasa bukan aku simpan di dalam hati, tapi aku perlu masa nak buangnya...
Aku dah penat jadi orang bodoh yang mendengar saja cakap orang...Sekarang aku ingin jadi diri aku sendiri. Terpulang pada korang nak terima aku sebagai kawan atau tak...

Petua n Amalan

Mengempiskan Perut

  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Kaki Bersisik

  1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki

  1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Petua lagi..

Melebatkan Rambut

  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.