SELAMAT DATANG KE bLOG aNyLzA...JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK ANDA. ~TERIMA KASIH~

Tinggalkan JeJak AnDa

Saturday, March 5, 2011

Petua kesihatan

MELICINKAN BETIS

Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.

DEMAM SELSEMA

Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.

RAWAT TUMIT RETAK

Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.

KUDIS API

Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.

ELAKKAN TANGAN MELEPUH

Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu, lumurkan pada tapak tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi. InsyaAllah, tangan anda akan terelak dari melepuh.

GIGI LEBIH KUAT

Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.

MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA

Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.

TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT

Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat. Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah. Kemudian terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau kesan di kepala anda..

TERSELIUH DAN LEBAM

Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.

UBAT SEMPUT

Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.

BENGKAK KAKI WAKTU HAMIL

Satu cara mengatasinya ilah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawalah tiga kali. Seelok-eloknya disapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..

DEMAM KUNING

Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.
Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..

MENAMBAH AIR SUSU

Daun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi menyebabkan ibu akan mempunyai air susu yang banyak bila anak berkenaan dilahirkan..

SAKIT KEPALA

Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala..

No comments:

Post a Comment